Kembangkan Perniagaan Anda Atas Talian: Garis Panduan Pemasaran Digital

by Mursyidah Saidin

Pemasaran Digital

Menjelang 2020, kebanyakan perniaga telah menukar strategi pemasaran perniagaan mereka dari pemasaran tradisi kepada pemasaran digital, sejajar dengan arus pembangunan teknologi media. Jika anda masih baru dalam industri media digital, ikuti artikel ini untuk garis panduan pemasaran digital.

Sebelum memasarkan perniagaan anda atas talian, perkara pertama yang anda perlu tahu adalah, jenis media digital yang ada. Jadi, apa itu media digital? Media digital merupakan kandungan digital yang boleh dihantar melalui internet atau rangkaian komputer. Ianya termasuk teks, audio, video dan grafik. 

Ini bermakna berita dari rangkaian TV, surat khabar dan majalah yang disajikan di laman web atau blog, juga termasuk dalam kategori media digital. Media digital juga mempunyai beberapa jenis iaitu; media yang dimiliki, media berbayar dan media yang diperolehi. Jenis media digital ini berbeza dari segi menyampai kan perniagaan anda kepada pelanggan berpotensi.

Jenis Media Digital

Terdapat tiga jenis pemasaran media digital berbeza yang boleh anda gunakan untuk kesedaran jenama kepada pelanggan sasaran. Sekiranya anda ingin meningkatkan kesedaran jenama dan penjualan, anda boleh gabungkan ketiga-tiga jenis pemasaran media digital dan membentuk strategi pemasaran baru.

Pemasaran Digital
Source: Oneupweb

Media Yang Dimiliki

Media yang dimiliki adalah aset atas talian yang anda kendalikan, yang membuat jenama anda berbeza dari lain. Jenis ini termasuk laman web, blog, saluran media sosial, laman web mudah alih, infografik dan e-buku. Sekiranya anda mengoptimumkan media milik anda untuk pemasaran enjin carian, jenama anda akan muncul apabila pelanggan mencari topik yang berkaitan dengan apa yang anda tawarakan. 

Semakin banyak media yang anda kendalikan, semakin meningkat kesedaran jenama anda. Ini akan menjadikan jenama anda lebih dipercayai serta meningkatkan kedudukan pada halaman enjin carian. Apabila laman web anda muncul pada halaman pertama enjin carian, ia bermakna media yang dimiliki akan menarik lebih ramai pengguna dan perkongsian yang lebih tinggi. Secara tidak langsung juga, anda akan mendapat ‘media yang diperoleh’. 

Media yang dimiliki juga memberi peluang kepada anda untuk mengawal persepsi pengguna tetang perniagaan anda. Ini membolehkan anda mengekal dan membangunkan persepsi yang menarik untuk jenama anda. Walaubagaimanapun, strategi kandungan digital anda perlu bermaklumat, relevan dan bernilai. Jika anda menerbitkan kandungan yang tidak bernilai atau tidak telus, pengguna boleh menukar saluran. 

Bagi memanfaatkan sepenuhnya media yang dimiliki, anda perlu memberi komitmen berterusan dalam menyampaikan kandungan yang bernilai untuk mengekalkan kepercayaan dan bina pangkalan pelanggan setia.

Media Berbayar

Media berbayar terlibat dalam mempromosikan kandungan atas talian untuk meningkatkan lalu lintas ke aset ‘media yang dimiliki’, justeru mendorong kepada ‘media yang diperoleh’. Ia termasuk iklan paparan, iklan carian berbayar, iklan Facebook dan iklan. Walaupun media berbayar menjadi bebanan perbelanjaan untuk jenama yang membangun, ia akan mendedahkan kandungan anda kepada lebih ramai pengguna. 

Sekiranya anda menggunakan media berbayar secara strategik, anda akan membawa pelanggan berpotensi ke aset ‘media yang dimiliki’. Media berbayar juga membolehkan anda mengawal secara mendalam bagi mempamerkan iklan perniagaan hanya pada pengguna sasaran

Pemasaran Digital
Source: Socialbakers

Meskipun begitu, penggunaan media berbayar juga mempunyai kekurangan. Ini kerana platform media sosial sudah padat dengan pelbagai siaran iklan yang boleh menyebabkan pengguna mengabaikan iklan anda. Juga, dengan teknologi baru, pengguna dapat menyekat iklan anda dengan mudah. Ini akan menyebabkan kadar maklum balas menurun. 

Media berbayar kurang memberi kesan pada hasil carian tidak berbayar (organik) berbanding ‘media yang dimiliki’. Namun, pengiklanan media digital boleh menawarkan hasil yang jelas dan boleh diukur bagi menyokong strategi pemasaran digital anda secara keseluruhan.

Media Yang Diperolehi

Media yang diperoleh adalah iklan percuma yang dihasilkan oleh pelanggan. Ianya berfungsi apabila pelanggan menjadi saluran pemasaran melalui mulut ke mulut atau melalui media sosial, blog, ulasan, perkongsian yang mengesyorkan produk atau perkhidmatan anda. Cadangan atau ulasan merupakan sokongan kukuh untuk jenama anda. 

Ini disebabkan, lebih 90% pengguna seluruh dunia mengatakan bahawa mereka mempercayai mulut ke mulut atau cadangan dari keluarga dan rakan daripada bentuk iklan yang lain. Maklum balas yang baik dari pelanggan juga lebih dipercayai daripada iklan kerana pelanggan tidak dibayar dan tidak mendapat sebarang keuntungan dengan memuji jenama anda. Maklum balas dari pelanggan mengenai produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan, sama penting dengan gerangan pelanggan yang memberi maklum balas tersebut. 

Pemasaran Digital
Source: HuffPost

Sebagai contoh, jika anda menarik perhatian mereka yang berpengaruh dalam industri, bukan sahaja ianya akan meningkatkan kepercayaan jenama anda dalam pasaran, ia juga akan menaikkan kedudukan anda dalam hasil enjin carian. 

Media yang diperoleh merupakan satu keadah yang berkesan untuk mengembangkan jenama anda serta mengurangkan perbelanjaan untuk memperoleh pengguna. Walaubagaimanapun, anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan kerana anda tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap perkongsian dan ulasan mengenai jenama anda. 

Bagi memanfaatkan media yang diperoleh, anda harus mempunyai rancangan untuk menangani sebarang maklum balas yang negatif. Namun begitu, maklum balas yang negatif dari ‘media diperoleh’ ini, memberi peluang kepada anda untuk menonjolkan kemahiran perkhidmatan pelanggan yang sangat baik, yang boleh mengubah sebarang krisis menjadi aset. 

Selain itu, kedudukan yang kukuh dalam hasil enjin carian tidak berbayar (organik) dan kandungan berkualiti tinggi adalah akar yang mendorong kepada ‘media diperoleh’. Ini bermakna kandungan yang diterbitkan perlu bermaklumat dan bernilai untuk menghasilkan ‘media diperoleh’.

Jenis Pemasaran Digital

Pemasaran Digital
Source: Wordtracker

Jadi, setelah mengetahui jenis media digital, anda perlu tahu mengenai bagaimana anda hendak mencapai salah satu jenis media digital tersebut mahupun ketiga-tiga sekali. Anda harus mempunyai pengetahuan asas untuk membangunkan jenama anda melalui pemasaran digital. Oleh itu, berikut merupakan jenis pemasaran digital yang anda boleh lakukan untuk mendedahkan jenama anda.

Pemasaran Atas Talian (Online)

Pengoptimuman Enjin Carian (SEO)

SEO merujuk kepada proses meningkatkan pendedahan atas talian dalam hasil enjin carian tidak berbayar (organik). Search Engine Results Pages (SERPs) muncul apabila pengguna menggunakan kata kunci tertentu pada enjin carian seperti Google. Setiap pengguna akan menerima hasil yang berbeza berdasarkan kata kunci, lokasi pengguna pada ketika carian dan carian lampau.

Hasil carian tidak berbayar (organik) akan muncul dalam bentuk senarai mengikut kedudukan oleh algoritma enjin carian. Algoritma ini akan berubah mengikut cara pengguna menggunakan enjin carian dan cara mereka berinteraksi dengan kandungan atas talian. Kedudukan yang tinggi pada SERPs akan menghasilkan lebih banyak lalu lintas ke laman web anda serta semakin banyak peluang untuk menjadikan pengunjung pasif kepada pelanggan aktif.

Pastinya anda ingin mengetahui bagaimana menjadikan laman web perniagaan anda muncul pada bahagian atas pada hasil carian tidak berbayar (organik) pengguna. Jawapannya mudah. Anda hanya perlu mengoptimumkan laman web menggunakan SEO. Pengoptimuman enjin carian merangkumi pelbagai faktor seperti penggunaan kata kunci dalam kandungan, pautan ke laman web anda di seluruh web serta ‘on-page’ dan ‘off-page’ SEO.

Pemasaran Digital
Source: Obizmax

‘On-page’ SEO merupakan langkah-langkah yang anda lakukan dalam laman web untuk meningkatkan SEO manakala ‘off-page’ SEO adalah hubungan dan tindakan yang anda lakukan luar pada laman web untuk mendorong SEO. ‘Trend’ SEO akan berubah mengikut perubahan algoritma untuk memenuhi keperluan pengguna.

Walaubagaimanapun, SEO bukanlah semata untuk mendapat kedudukan tinggi dalam hasil enjin carian, namun SEO adalah untuk menghasilkan laman web terbaik untuk para pengguna. Sekiranya anda mengikuti ‘trend’ SEO, anda mempunyai peluang untuk mendapat lebih banyak pendedahan atas talian serta meningkatkan lalu lintas ke laman web.

Pemasaran Enjin Carian

Pemasaran Enjin Carian (SEM) merangkumi aspek yang tidak diambil kira oleh SEO, iaitu lalu lintas berbayar dari enjin carian. SEM membolehkan anda membeli ruang iklan yang akan muncul di SERPs pengguna. Platform enjin carian berbayar yang sering digunakan adalah Google AdWords. 

Enjin carian akan mengenakan bayaran kepada pemasar dengan jumlah yang ditentukan untuk menampilkan iklan di beberapa tempat pada SERPs yang dihasilkan dari pencarian kata kunci atau frasa tertentu. Salah satu contoh SEM ialah Pay per Click (PPC). PPC merujuk pada salah satu kaedah pemasaran digital di mana enjin carian akan mengenakan bayaran pada perniagaan apabila pengguna tekan pada iklan mereka. 

Media sosial juga menggunakan PPC di mana iklan akan muncul dalam ‘feed’ pengguna sasaran perniagaan. Contoh dimana SEM bertindih dengan pemasaran media sosial merupakan contoh bagaimana pemasaran digital yang berbeza boleh digabungkan untuk membentuk satu strategi pemasaran digital yang lengkap.

Pemasaran Media Sosial

Pemasaran Digital
Source: Sprout Social

Anda pasti tahu bahawa media sosial adalah bahagian penting dalam strategi pemasaran. Tetapi, adakah anda mengetahui tentang selok-belok pemasaran media sosial? Pemasaran media sosial memberi lebih banyak pendedahan yang membolehkan anda berhubung rapat dengan pengguna. 

Melalui interaksi dengan pengguna, anda akan memperoleh maklum balas bernilai yang membolehkan anda menambah baik perkhidmatan, produk atau perkhidmatan pelanggan anda. Pemasaran media sosial akan mendapatkan anda lebih banyak penonton apabila anda menyiarkan kandungan berkualiti. 

Semua yang anda lakukan untuk meningkatkan lalu lintas dalam saluran media sosial sama ada di Facebook, Twitter, Snapchat atau Tiktok, kesemua usaha itu adalah pemasaran media sosial. Sebilangan besar pengguna mendapat manfaat dari pemasaran media sosial, lebih lagi perniagaan B2C yang memperoleh keuntungan yang banyak. 

Pastikan anda prihatin terhadap perbualan pengguna sasaran di media sosial serta libatkan diri dalam perbualan tersebut. Anda perlu gunakan media sosial sebagai cara untuk memantau perkongsian tentang kandungan yang anda terbitkan. Perkongsian adalah iklan percuma untuk perniagaan anda.

Pemasaran Kandungan

Pemasaran kandungan merupakan penyampaian isi kandungan yang berkualiti pada pengguna untuk menjana jualan. Kandungan ini boleh berada di mana sahaja atas talian seperti tweet, video, YouTube dan blog di lama web kerana ianya merangkumi pemasaran kandungan. Pemasaran kandungan menggabungkan kandungan luar biasa dengan jenis pemasaran digital yang lain seperti SEO dan pemasaran media sosial.

Anda harus ingat pengguna anda, dengan siapa anda berhubung dan apa yang menarik minat mereka apabila menghasilkan kandungan. Secara tidak langsung, ini akan menentukan kandungan anda. Pertimbangkan bahasa yang pengguna gunakan apabila mereka mencari maklumat atas talian. Jangan lupa gunakan kata kunci carian untuk meningkatkan SEO anda. Terakhir, kongsikan kandungan anda pada semua platform media sosial untuk mendapatkan pendedahan dan maklum balas yang maksimum.

Pemasaran kandungan perlulah berterusan dan bukan sahaja mengenai penjualan produk atau perkhidmatan anda, tetapi lebih kepada melibatkan diri dan mendidik pengguna bagi membina pengiktirafan, kepercayaan dan ekuiti jenama. Menghasilkan kandungan yang relevan dan berkualiti akan membantu anda untuk menonjol lebih dari lain serta bantu meningkatkan SEO anda. Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan untuk membuat pautan ke laman web anda dari blog lain.

Pemasaran ‘Affiliate’

Pemasaran ‘affiliate’ adalah proses membayar penukaran. Contoh seperti anda mengupah jurujual ‘affiliate’ untuk produk atau perkhidmatan anda. Jurujual ‘Affiliate’ yang anda mengupah akan mendapat komisen. Anda akan tentukan kadar pemasar ‘affiliate’ dan hanya membayar untuk penukaran. Ia bermakna anda tidak perlu membayar duit muka untuk pemasaran ‘affiliate’.

Kebanyakan penulis blog atau laman web e-dagang menggunakan pemasaran ‘affiliate’. Apabila anda memilih untuk menggunkan pemasaran ‘affiliate’, pastikan anda membincangkan segala syarat dan batasan terlebih dahulu. ‘Affiliate’ mewakili jenama anda, jadi pastinya anda ingin mereka rasa dekat dengan jenama anda. Anda juga perlu fikirkan tentang penggunaan perkataan oleh ‘affiliate’. Walaubagaimanapun, persetujuan dari pihak ‘affiliate’ juga penting.

Pemasaran ‘Influencer’

Pemasaran ‘influencer’ adalah antara jenis pemasaran digital yang terkini. Pemasaran jenis ini menggunakan ‘influencer’ atau orang yang berpengaruh dan dianggap ‘pakar’ oleh pengguna sasaran anda yang akan meningkatkan lalu lintas serta jualan. Pemasaran ‘influencer’ ini amat terkenal dan digunakan pada platform media sosial seperti Instagram, Twitter dan Snapchat.

Pemasaran Digital
Source: RecurPost

Kebanyakan perniaga kini mengupah ‘instagrammers’ yang mempunyai ramai pengikut untuk mempromosikan jenama mereka dengan menyiarkan foto atau video bersama produk. Namun kini, perniaga sendiri mula terlibat dalam “mengambil alih” Instagram, Twitter atau Snapchat dengan mengupah ‘influencer’ untuk mengawal platform media sosial perniagaan mereka dalam jangka masa tertentu sehari. Pengambilalihan media sosial ini akan mendorong pengikut ‘influencer’ ke saluran media sosial anda dan meningkatkan pengikut.

Pastikan anda melakukan penyelidikan mengenai ‘influencer’ sebelum memutuskan untuk bergabung dengan mereka. Anda mungkin ingin mengesahkan dengan analisis Google untuk memastikan ‘influencer’ yang diupah mempunyai pengikut yang sah dan bukan akaun palsu.

Pemasaran E-mel

Pemasaran Digital
Source: IT Pro

Pemasaran e-mel membolehkan anda menyalurkan perkembangan terkini tentang perniagaan anda kepada pengguna yang melanggani berita melalui e-mel. E-mel yang berterusan tentang perkembangan perniagaan anda akan memberi nilai kepada pengguna. Hasilnya, ia akan membina hubungan dengan pengguna dan secara tidak langsung membina kepercayaan serta kesetiaan pengguna pada jenama.

Kempen pemasaran e-mel yang terbaik adalah apabila senarai pengguna yang melanggani terhasil dari kandungan dan perniagaan anda sendiri, bukan pengguna yang dibayar untuk melanggani. Pengguna yang melanggani perkembangan melalui e-mel lebih cenderung menjadi pembeli aktif.

Pemasaran Viral

Pemasaran viral merujuk pada siaran yang bergaya, lucu atau aneh untuk mengumpulkan jumlah perkongsian yang banyak atas talian. Jenis pemasaran ini akan menyebabkan lonjakkan lalu lintas ke laman web anda dalam jangka masa yang singkat.

Perkara ini sukar untuk dilakukan, namun keuntungan berganda akan menjadikan usaha itu berbaloi dengan masa yang anda luangkan. Perniagaan B2C berpeluang untuk memanfaatkan sepenuhnya dari pemasaran viral ini kerana mereka boleh menggunakan media sosial untuk mendapat perhatian ramai di semua platform aktif mereka.

Iklan Telefon Bimbit

Setiap jenis iklan digital boleh mengambil tempat pada mana mana peranti mudah alih. Walaubagaimanapun, tidak semua pemasaran menggunakan telefon bimbit sesuai dengan pemasaran digital yang telah disenarai. Ini termasuk iklan SMS yang juga boleh menjadi aset pada pemasaran local. Anda boleh meminta pengguna menggunakan SMS untuk menerima tawaran khas, kupon mahupun menyalurkan perkembangan terkini dari perniagaan anda.

Pemasaran Digital
Source: Pinterest

Kesemua sembilan jenis pemasaran digital telah disenaraikan dan anda hanya tinggal membuat keputusan terbaik untuk memilih jenis mana yang sesuai digunakan untuk perniagaan anda. Atau mungkin anda mahu meneroka lebih tentang pilihan lain yang ada? Oleh itu, mari kita lihat tentang pemasaran digital luar talian.

Pemasaran Luar Talian (Offline)

Kebanyakan pemasar sedar akan strategi pemasaran digital tidak hanya terhenti atas talian, ia juga berlaku luar talian. Anda harus mempertimbangkan pemasaran luar talian kerana tidak semua pengguna sasaran atau pelanggan berpotensi anda mempunyai masa untuk menlayari media sosial atau laman web.

Pemasaran luar talian adalah pemasaran yang menggunakan peranti elektronik untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Sebagai contoh, apabila anda berada di sebuah kedai makan, anda boleh memesan makanan menggunakan tablet elektronik. Pemasaran radio, pemasaran televisyen dan pemasaran telefon bimbit juga terdiri dari pemasaran digital luar talian.

Berdasarkan senarai jenis pemasaran digital, anda boleh memilih taktik pemasaran yang sesuai dengan perniagaan anda. Pastikan anda telah menilai setiap aspek taktik pemasaran digital supaya anda tidak membazir wang pelaburan dan masa untuk perkara yang sia-sia. Setelah memilih taktik yang sesuai, langkah seterusnya adalah, anda perlu menyusun strategi untuk memecah masuk industri pemasaran digital.

Strategi Pemasaran Digital 

Sebelum anda meneruskan pemasaran digital, anda perlu menyusun strategi. Pentingnya strategi pemasaran digital adalah supaya anda tahu bagaimana untuk memasuki industri pemasaran digital dengan betul dan tidak membazir sumber.

Langkah-langkah Strategi Pemasaran Digital

Langkah 1: Kesedaran

Sebelum dapat menarik pengguna untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda, mereka perlu menyedari tentang kewujudan perniagaan anda. Jadi bagaimana hendak adakan kesedaran jenama pada khalayak ramai? Pertama sekali adalah ‘Perjalanan Nilai Pelanggan’. Sebagai contoh, tiada siapa yang mengetahui tentang Google, Facebook atau Twitter pada awalnya.

Pemasaran Digital
Source: pndblog.typepad.com

Namun, sampai satu ketika pengguna akan mendapat kesedaran jenama apabila mereka mahu menjadi pengguna. Sama seperti perniagaan anda, dimana pada awal pembukaan tiada siapa yang menyedari tentang kewujudannya. Oleh itu, anda perlu membuat pemasaran yang boleh menjana kesedaran jenama. Anda boleh mengiklankan perniagaan anda di platform-platform yang sudah mempunyai ramai pengguna seperti Facebook.

Langkah 2: Penglibatan

Kini, pengguna telah menyedari kehadiran perniagaan anda. Namun begitu, anda tidak boleh begitu selesa kerana masih dalam fasa pengenalan dengan pengguna. Mereka belum mengenal perniagaan anda dan belum memberi kepercayaan serta komitmen terhadap jenama anda.

Oleh itu, langkah seterusnya adalah membina hubungan dengan pengguna sasaran. Bagi membina hubungan dengan pengguna sasaran, anda perlu melibatkan diri dengan memulakan perbualan. Anda boleh berhubung dengan mereka melalui kandungan yang berbentuk hiburan atau bermaklumat. Ianya sangat penting untuk menyiarkan kandungan yang berkualiti supaya dapat menarik pengguna sasaran untuk mula membina hubungan. Penglibatan akan berlaku melalui kandungan yang berkualiti dan relevan.

Sebagai contoh, anda boleh menyiarkan kandungan video tentang penggunaan produk anda dan bagaimana ianya berguna untuk membantu meringankan kerja seharian. Penglibatan anda harus berterusan dan konsisten sepanjang melalui ‘perjalanan pelanggan’ dan bukan hanya berkala.

Langkah 3: Langganan

Sekarang, pengguna mengetahui tentang perniagaan anda dan telah berinteraksi. Walaupun anda telah berjaya berhubung dengan pengguna sasaran, namun jika anda gagal mendapatkan maklumat pengguna untuk dihubungi, kemungkinan besar anda tidak akan mendengar darinya lagi.

Pemasaran Digital
Source: WordPress.org

Mengapa pula begitu? Ini kerana pengguna akan dibanjiri dengan pelbagai pemasaran dan kandungan yang mampu menarik perhatian serta kepercayaan mereka. Hanya kerana seorang pengguna menonton video atau membaca artikel anda, belum tentu dia akan kembali melayari laman web anda pada masa akan datang. Dengan itu, anda perlu memastikan pengguna tersebut melangkah ke dalam ‘value journey’ iaitu melanggan.

Langkah ini adalah dimana pengguna akan memberi kebenaran dengan memberikan maklumat mereka untuk dihubungi pada masa akan datang. Taktik ini juga dikenali sebagai “rasuah beretika”, dimana anda menawarkan perkhidmatan atau produk dengan hanya meminta maklumat untuk menghubungi pengguna. Sebagai contoh, cara pemasaran yang menjana pengguna yang anda boleh gunakan, anda menawarkan produk sampel percuma namun pengguna harus mengisi borang di laman web terlebih dahulu.

Langkah 4: Tukar

Sekiranya anda memperoleh pelanggan pada langkah 3 dan mereka kekal terlibat dalam perniagaan anda, sesetengah dari mereka bersedia untuk meningkatkan tahap komitmen. Apabila mereka tertarik dengan siaran maklumat yang anda kongsikan dan mula memberi kepercayaan kepada anda, ia bermakna mereka bersedia untuk melabur masa atau wang dalam perniagaan anda.

Ini merupakan tahap kritikal dalam ‘perjalanan pelanggan’ yang mengecewakan banyak perniagaan. Pada tahap ini, meminta pelaburan yang banyak untuk produk atau perkhidmatan yang kompleks, akan kelihatan berlebihan dan tergesa. Anda harus ingat bahawa ini masih dalam fasa awal hubungan dengan pengguna dan masih awal untuk anda fikirkan tentang keuntungan. Ia merupakan perkara biasa untuk anda hilang keuntungan pada awal perniagaan demi mendapatkan pengguna.

Apa yang penting pada tahap ini adalah, anda perlu ingat bahawa ianya mengenai memperoleh pengguna atau meningkatankan tahap komitmen dan bukan mengenai keuntungan. Sebagai contoh, seorang pengguna boleh mendapatkan perkhimatan cuci kereta dengan hanya RM5 berdekatan kawasan perumahannya. Apabila pengguna bertukar menjadi pelanggan, kemungkinan untuk beliau membayar lebih untuk perkhidmatan yang kompleks dan berterusan adalah tinggi.

Langkah 5: Teruja

Tahap ini adalah dimana pengguna telah melakukan transaksi dengan anda. meskipun urusniaga kecil, ianya masih urusniaga. Tugas anda seterusnya adalah memastikan urusniaga tersebut akan berkembang menjadi kepercayaan pada perniagaan anda. Ini kerana, jika pengguna tidak dapat nilai dari transaksi yang dilakukan, mereka tidak akan meneruskan sebarang urusniaga dengan anda.

Jadi bagaimana anda hendak memastikan pengguna mempunyai pengalaman yang baik? Pertama sekali, anggap bahawa pelaburan yang dilakukan oleh pengguna adalah keuntungan yang lumayan, dan tunjukkan pada pengguna bahawa produk atau perkhidmatan anda luar biasa. Kedua, pengguna akan mendapat nilai dari transaksi terakhir dengan anda. Tahap ‘teruja’ dalam ‘perjalanan nilai pelanggan’ adalah sesuatu yang anda perlu kembali berulang kali untuk memastikan keterujaan pengguna setiap masa.

Pemasaran Digital
Source: Ask.fm

Oleh itu, setiap kali pengguna melakukan apa yang anda minta (membeli produk atau menggunkan perkhidmatan), anda harus tingkatkan pemasaran anda untuk kepuasan para pengguna. Sebagai contoh, apabila pengguna melanggan applikasi seperti Spotify, applikasi tersebut akan mengajar bagaimana anda boleh menghasilkan senarai lagu kegemaran tersendiri. Dengan itu, pengguna akan merasa keuntungan dengan membeli produk atau perkhidmatan anda.

Langkah 6: ‘Ascend’

Pada tahap ‘perjalanan nilai’ ini, anda telah menghabiskan waktu, wang dan sumber untuk memperoleh pengguna dan memastikan mereka mendapat keuntungan dari urusniaga dengan anda. Ia memerlukan pelaburan yang lebih untuk mendapatkan pengguna baru dari menjual kepada pengguna sedia ada.

Jualan pertama bukan mengenai keuntungan tetapi adalah untuk menukarkan pengguna menjadi pelanggan yang anda boleh mengaut keuntungan yang lebih lumayan. Tahap ‘ascend’ dalam ‘value journey’ adalah apabila pengguna bersedia untuk melabur lebih dengan lebih kerap. Sebagai contoh, seorang wanita membeli tawaran cuci kereta tanpa had bernilai RM75 sebulan daripada membayar untuk setiap cucian.

Langkah 7: ‘Advocate’

Sekarang anda mempunyai pengguna yang kerapkali membuat pembelian kerana berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Oleh itu, tahap seterusnya dalam ‘value journey’ adalah membuat pemasaran yang mendorong  pengguna setia anda untuk bantu memasarkan perniagaan anda.

Pemasaran Digital
Source: YouTube

‘Advocate’ atau dipanggil promoter pasif, merupakan orang yang akan memberi maklum balas yang baik terhadap jenama anda apabila ditanya. Sebagai contoh, seorang wanita menyertai pertandingan untuk memenangi barangan makeup keluaran terbaru dari syarikat yang menjual barang kecantikan. Beliau membuat video ulasan tentang betapa dia menyukai barangan keluaran syarikat tersebut.

Langkah 8: Mempromosikan

Promotor berbeza dengan usaha untuk menyebarkan berita tentang jenama, produk dan perkhimatan yang anda tawarkan. Sesetengah hanya ingin berkongsi tentang pengalaman terbaik berurusniaga dengan anda manakala separuh lagi berasa ingin berkongsi kerana insentif yang anda lakukan.

Pemasaran Digital
Source: Business 2 Community

Sebagai contoh, seorang wanita dapat menghadiri persidangan dengan percuma kerana mengaturkan lagi 5 rakannya untuk menghadiri juga. Secara tidak langsung, anda boleh mendapat pengguna baru dari perkongsian tersebut kerana ianya datang dari sumber yang dipercayai. Ia adalah ‘win-win’ bagi pihak anda dan promotor.

Jika anda mengikuti strategi yang disenarai, nescaya anda akan dapat menawan hati pengguna dengan perkhidmatan pelanggan serta meningkatkan nilai perniagaan anda. Perniagaan anda mampu berkembang dengan lebih pesat dan mampu memecahkan industri lokal atau antarabangsa.

Sebab Anda Perlukan Strategi Pemasaran 

Jika perniagaan anda tidak mempunyai rancangan, anda akan mengalami sekurangnya sepuluh masalah dan anda akan kalah pada pesaing yang lebih bijak secara digital. Jadi, apakah antara 10 sebab yang syarikat atau perniagaan perlu ada strategi untuk memasuki industri pemasaran digital.

#1: Anda tidak mempunyai arah tuju

Pemasaran Digital
Source: Sign Bracket Store Blog

Didapati bahawa syarikat-syarikat tanpa strategi digital (kebanyakkan syarikat tidak mempunyai strategi) tidak mempunyai matlamat strategik yang jelas untuk apa yang mereka inginkan atas talian dari segi mendapatkan pelanggan baru atau membina hubungan yang lebih dalam dengan yang sedia ada.

Jika anda tidak mempunyai matlamat dan objektif untuk pemasaran digital anda mungkin tidak meletakkan sumber yang mencukupi untuk mencapai matlamat dan anda tidak menilai melalui analisis sama ada anda mencapai matlamat tersebut.

#2: Anda tidak akan mengetahui pelanggan atas talian atau bahagian pasaran anda

Permintaan pelanggan untuk perkhidmatan atas talian mungkin dipandang rendah jika anda tidak menyelidiki perkara ini. Lebih mustahak lagi jika anda tidak akan memahami pasaran atas talian anda: dinamik akan berbeza dengan saluran tradisional dengan profil dan tingkah laku pelanggan yang berbeza, pesaing, cadangan , dan pilihan untuk komunikasi pemasaran.

Terdapat alat hebat yang tersedia dari platform digital utama di mana kita boleh mengetahui tahap permintaan pelanggan, jadi disyorkan kepada syarikat dan ahli perniagaan untuk melakukan analisis jurang carian dengan menggunakan ‘Google’s Keyword planner ‘ untuk melihat bagaimana anda berjaya menarik para pelanggan ke laman web anda, atau melihat berapa ramai orang yang berminat dengan produk atau perkhidmatan atau sektor yang boleh anda capai melalui Facebook IQ.

#3: Pesaing baru atau sedia ada mendapat bahagian pasaran

Pemasaran Digital
Source: Paychex

Sekiranya anda tidak menyalurkan sumber yang mencukupi untuk pemasaran digital atau anda menggunakan pendekatan ad-hoc tanpa strategi yang jelas, maka pesaing anda akan makan digital anda!

#4: Anda tidak mempunyai nilai cadangan atas talian yang kuat

Jelas nilai cadangan pelanggan atas talian disesuaikan dengan personaliti pelanggan sasaran anda yang berbeza akan membantu anda membezakan perkhidmatan dalam talian anda mendorong pelanggan sedia ada dan baru untuk berhubung pada mulanya dan kekal setia.

Membangunkan strategi pemsaran kandungan yang berdaya saing adalah kunci untuk banyak organisasi kerana kandungan merupakan kunci untuk menghubungkan pelanggan anda melalui saluran yang berlainan seperti carian, sosial, pemasaran e-mel dan blog.

#5: Anda tidak mengetahui pelanggan atas talian anda dengan cukup baik.

Pemasaran Digital
Source: Analytics Insight

Sering dikatakan bahawa digital adalah “medium yang paling boleh diukur”. Tetapi ‘Google Analytics’ dan seangkatan dengannya akan memberitahu anda jumlah lawatan, bukan sentimen pelawat, apa yang mereka fikirkan. Anda perlu menggunakan bentuk lain untuk mengambil maklum balas pelanggan ke laman web anda untuk mengenal pasti titik kelemah anda dan mengatasinya.

#6: Anda tidak bersepadu (“hancur”)

Amat biasa bagi aktiviti pemasaran digital untuk diselesaikan dalam silo sama ada pemasar digital khusus, duduk di IT atau agensi digital yang berasingan. Lebih mudah cara untuk membungkus pemasaran digital ke dalam bahagian mudah. Tetapi sudah tentu, ia kurang berkesan. Semua orang bersetuju bahawa media digital berfungsi lebih baik apabila disepadukan dengan media tradisional dan saluran respon.

Adalah dicadang untuk membangunkan strategi pemasaran digital bersepadu yang mempunyai gabungan digital dan tradisi. Apabila Transformasi Digital lengkap, aktiviti pemasaran digital akan menjadi sebahagian daripada pelan pemasaran anda dan sebahagian daripada perniagaan.

#7: Digital tidak mempunyai cukup orang/belanjawan

Pemasaran Digital
Source: US News Money – US News & World Report

Sumber yang tidak mencukupi akan ditumpukan kepada perancangan dan pelaksanaan e-pemasaran dan mungkin ada kekurangan kemahiran pakar e-pemasaran yang akan membuatnya sukar untuk bertindak balas terhadap ancaman kompetitif dengan berkesan.

#8: Anda membazirkan wang dan masa untuk perkara sama

Walaupun anda mempunyai sumber yang mencukupi, ia mungkin sia-sia. Ini terutamanya berlaku di syarikat-syarikat besar di mana anda melihat bahagian-bahagian yang berlainan dari organisasi pemasaran yang membeli alat yang berbeza atau menggunakan agensi yang berbeza untuk melakukan tugas-tugas pemasaran atas talian yang sama.

#9: Anda tidak cukup tangkas untuk mengejar atau kekal dihadapan

Sekiranya anda melihat jenama atas talian teratas seperti Amazon, Dell, Google, Tesco, Zappos, semuanya dinamik – mencuba pendekatan baru untuk mendapatkan atau mengekalkan pelanggan atas talian mereka.

#10: Anda tidak mengoptimumkan

Setiap syarikat atau perniagaan yang mempunyai laman web akan mempunyai analisis, tetapi banyak pengurus senior tidak memastikan bahawa pasukan mereka membuat atau mempunyai masa untuk meninjau dan bertindak terhadap mereka. Apabila strategi membolehkan anda mendapatkan asas-asas yang betul, maka anda boleh maju ke arah peningkatan aspek-aspek utama seperti pemasaran carian, pengalaman pengguna laman, email dan pemasaran media sosial.

Pemasaran Digital
Source: GameAnalytics

Jadi, yang telah di senaraikan merupakan sebab-sebab yang kuat untuk mewujudkan strategi digital dan mengubah pemasaran anda yang boleh anda gunakan untuk meyakinkan rakan sekerja dan pelanggan anda. Namun begitu, mempunyai strategi yang sangat kukuh, teratur dan jelas tidak bermakna anda sudah berjaya memasuki industry pemasaran digital ini.

Tidak dinafikan bahawa masih terdapat sesetengah perniaga yang lebih gemarkan pemasaran tradisi berbanding pemasaran digital. Ini kerana, pemasaran digital dilihat begitu sukar untuk mendapat tempat serta memerlukan kos pelaburan yang tinggi. Mari kita lihat kelebihan menggunakan pemasaran digital.

Kelebihan Menggunakan Pemasaran Digital

Pemasaran digital semakin meningkat iaitu termasuk iklan carian hasil, iklan e-mel, dan mensi berbayar atau apa-apa yang menggabungkan pemasaran dengan maklum balas pelanggan atau interaksi dua hala antara syarikat dan pelanggan. Kebanyakkan tidak mengetahui kelebihan dengan menggunakan pemasaran digital ini. Mereka hanya menggunakan sekadar untuk mengikuti arus permodenan teknologi dan mahu berjalan seiringi dengan pembangunan terkini.

Namun begitu, banyak kelebihan yang suatu syarikat atau perniagaan itu boleh peroleh dari pemasaran digital ini. Jadi, mari kita lihat kelebihan menggunakan pemasaran digital untuk mengembangkan syarikat atau perniagaan anda serta memastikan yang anda seiring dengan perkembangan digital pada masakini.

#1: Pemasaran digital menjimatkan kos

Salah satu faedah terbesar dalam pemasaran dalam talian ialah kos efektif. Pemasaran digital membantu anda menjimatkan wang dan memperoleh lebih banyak petunjuk. Dengan kaedah pemasaran tradisional, sukar untuk perniagaan kecil hingga serdehana untuk bersaing dengan syarikat yang lebih besar.

Perniagaan besar mempunyai wang untuk memperuntukkan iklan TV, tempat radio dan banyak lagi. Ini menjadikan sukar bagi perniagaan kecil untuk bersaing dengan syarikat-syarikat besar ini. Pemasaran digital, bagaimanapun, meletakkan perniagaan di padang permainan yang sama. Ia adalah cara yang berpatutan untuk memasarkan perniagaan anda kepada pengguna yang berminat. Banyak pemasaran digital dan kaedah pengiklanan adalah mesra bajet.

Sebagai contoh, pengiklanan Pay Per Click (PPC), membolehkan anda memilih dan menyesuaikan belanjawan anda. Sama ada anda ingin membelanjakan RM500 atau RM2000, anda menetapkan jumlah yang sesuai untuk syarikat anda. Ini adalah kelebihan unik pemasaran atas talian.

Walau bagaimanapun, dengan kaedah ini, jumlah yang anda belanjakan akan menjejaskan kejayaan kempen anda. Ini hanyalah satu contoh strategi yang berfungsi dengan anggaran anda. Apabila anda berganding bahu dengan yang agensi pemasaran digital yang  berpengalaman, banyak syarikat akan bekerjasama dengan bajet anda untuk membantu anda mendapatkannya perkhidmatan pemasaran laman web yang anda perlukan.

Pemasaran Digital
Source: Business 2 Community

Kos pemasaran digital yang paling ketara adalah masa. Ia boleh mengambil masa untuk melaksanakan strategi dan membangunkan hasil daripada strategi tersebut. Bagaimanapun hasilnya, pelaburan yang bernilai adalah pelaburan masa anda. Apabila anda melabur dalam strategi seperti PPC, anda akan mendapat kelebihan pemasaran digital.

#2: Pemasaran digital boleh diukur

Apabila anda melaburkan wang ke dalam kempen pemasaran, anda ingin menjejaki hasil kempen. Penting untuk mengetahui apakah strategi mendorong hasil yang membantu perniagaan anda berkembang. Salah satu faedah paling penting dalam strategi pemasaran digital adalah keupayaan untuk mengukur hasil anda.

Walaupun kaedah tradisional boleh menjadi sangat berkesan, namun ia amat sukar untuk mengukur keberkesanannya. Tidak ada cara yang jelas untuk mengesan asal penerokaan dengan kaedah tradisional tanpa meminta setiap orang yang melawat perniagaan anda.

Dengan kaedah pemasaran digital, anda boleh menjejaki hasil kempen anda dengan tepat. Setiap jenis kempen mempunyai sistem penjejakan. Dari media social kepada pengoptimuman enjin carian (SEO), anda dapat menjejaki hasil kempen anda.

Sebagai contoh, anda boleh memantau prestasi SEO anda dengan ‘Google Analytics’. Anda boleh menjejaki pelbagai metrik dengan setiap kempen. Ini termasuk teraan, klik, komen, saham, penukaran, dan banyak lagi. Ia memudahkan anda mengetahui bagaimana prestasi kempen anda.

Pemasaran Digital
Source: iStock

Penjejakan keputusan anda membawa kepada peningkatan kempen. Anda boleh melihat apa yang berfungsi untuk perniagaan anda dan apa yang tidak. Anda akan mendapat gambaran tentang kempen anda untuk melihat bagaimana anda dapat memperbaikinya. Adalah lebih baik untuk mengetahui prestasi kempen anda semasa ia masih berjalan, dan bukannya setelah selesai.

Ini membolehkan anda menjimatkan wang dengan mengoptimumkan kempen anda semasa anda menjalankannya. Anda akan mendapat lebih banyak daripada belanjawan anda apabila anda membaikinya semasa anda pergi. Dengan mengukur hasil anda, anda akan menjalankan kempen yang lebih baik untuk perniagaan anda.

#3: Pemasaran digital membolehkan anda mensasarkan pelanggan yang tepat

Untuk mempunyai kempen pemasaran yang berkesan, anda mesti mensasarkan pelanggan yang tepat. Anda perlu sasarkan pelanggan yang berminat dalam perniagaan anda dan yang ingin mendengar daripada anda. Kelebihan utama menggunakan pemasaran digital adalah kemampuan untuk mensasarkan pelanggan secara khusus. Mensasarkan pelanggan dengan kaedah pemasaran tradisional adalah sukar.

Secara umumnya, mesej anda pergi kepada semua pengguna internet dengan harapan dapat menarik perhatian pengguna yang berminat dengan perniagaan anda. Ia adalah satu cabaran untuk memperoleh petunjuk yang mencukupi untuk mewajarkan kos pemasaran anda. Dengan pemasaran digital, anda mampu menarik pengguna yang berminat dengan perniagaan anda. Anda boleh mensasarkan pelanggan secara khusus dengan kepentingan dalam syarikat, perkhidmatan, atau produk anda. Ini tahap kedalaman yang tidak dapat dipadankan oleh pemasaran tradisional.

Pemasaran Digital
Source: Sales Growth Advisors

Apabila anda menggunakan iklan pengoptimuman enjin carian atau strategi pemasaran lain, anda membuat personas pembeli. Ini adalah rekaan anda yang meniru pelanggan ideal anda. Anda menggunakan personas ini untuk mensasarkan pelanggan berpotensi yang ingin membeli produk atau menggunakan perkhidmatan anda. Sama ada anda membuat iklan Facebook atau iklan PPC, anda akan menetapkan pelanggan sasaran anda.

Anda akan menentukan penonton anda dengan atribut seperti umur, jantina, pekerjaan, minat, hobi, dan banyak lagi. Dengan platform seperti Facebook, anda boleh menjadi khusus dengan penonton yang anda sasarkan. Mengecilkan fokus membantu anda untuk menarik pelanggan yang lebih berminat dengan perniagaan anda. Ini membolehkan anda mengaturkan belanjawan anda dengan lebih berkesan dan memperoleh petunjuk yang lebih berharga untuk syarikat anda.

#4: Pemasaran digital membolehkan anda menarik pelanggan pada permulaan keputusan pembelian

Pemasaran Digital
Source: Revvim

Apabila pembeli mula mencari produk, anda perlu memberi kesan lebih awal. Anda mahu mereka mengenali perniagaan anda dan memilih syarikat anda untuk pertandingan. Faedah daripada pemasaran digital termasuk dapat membantu anda menarik pelanggan pada permulaan keputusan pembelian.

Pelanggan sering beralih ke Internet pada permulaan perjalanan membeli. Mereka mula menyelidik dan mencari produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan mereka. Sekiranya anda menawarkan produk atau perkhidmatan yang mereka mahu, ia adalah masa yang tepat untuk memberi kesan positif. Pelanggan anda pasti ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan untuk mendidik diri mereka sendiri.

Dengan menggunakan pemasaran dalam talian, anda boleh mengarahkan pengguna ini ke halaman anda untuk memberi mereka maklumat yang mereka perlukan. Dalam melakukan ini, anda membina pendedahan jenama. Pengguna akan mencari profil anda dan mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan anda. Sama ada melalui akaun media sosial atau kandungan anda, anda akan mendedahkan pelanggan ke syarikat dan jenama anda.

Walaupun ‘lead’ tidak menukar segera, mereka akan mengingati perniagaan anda. Ia akan memberi kesan kepada mereka pada awal perjalanan pembeli. Apabila mereka semakin hampir ke peringkat penukaran, mereka akan mengingati syarikat anda dan memilih perniagaan anda daripada persaingan. Kelebihan pemasaran atas talian ini boleh membantu perniagaan seperti anda bersaing dengan pesaing dan berkembang.

#5: Pemasaran digital membolehkan anda membuat perubahan semasa

Salah satu kelebihan terbesar pemasaran digital ialah anda dapat membuat perubahan semasa. Ini unik untuk pemasaran digital. Dengan kaedah tradisional, anda tidak dapat membuat perubahan setelah anda membuat komitmen. Apabila risalah atau papan iklan anda sudah selesai, anda tidak boleh mengubah iklan sehingga akhir kempen anda. Ini menjadi sukar untuk pebelanjaan anda kerana anda tidak dapat mengubah kempen anda apabila ia hidup untuk memacu hasil yang lebih baik.

Pemasaran Digital
Source: Gary Vaynerchuk

Apabila anda melabur dalam pemasaran atas talian, anda mempunyai kuasa untuk membuat perubahan setiap kali. Anda boleh mengemas kini kempen PPC anda, mengubah iklan media sosial anda, optimumkan kempen SEO anda, dan mengemas kini kandungan yang anda perlukan. Ini bermakna anda boleh menyesuaikan kempen anda untuk memacu hasil terbaik.

#6: Pemasaran digital meningkatkan kadar penukaran

Salah satu faedah pemasaran yang paling ketara ialah peningkatan kadar penukaran anda. Apabila anda melabur dalam strategi pemasaran atas talian, seperti pengoptimuman kadar penukaran (CRO), anda boleh meningkatkan kadar penukaran anda.

Ini disebabkan kemampuan anda untuk mensasarkan pelanggan yang lebih spesifik. Apabila anda memberi tumpuan kepada pelanggan berpotensi dengan perniagaan anda, anda akan meningkatkan peluang anda untuk memperoleh penukaran. Syarikat anda memperoleh lebih banyak penukaran, yang membantu anda berkembang.

Jika anda ingin mengembangkan syarikat atau perniagaan, anda perlu mula untuk mengambil kesempatan daripada kelebihan pemasaran digital masa kini. Perniagaan anda akan mengalami pelbagai kelebihan pemasaran digital dengan melabur dalam strategi yang berbeza, dari PPC kepada SEO. Pemasaran atas talian adalah peluang terbaik bagi perniagaan anda untuk berkembang dan memperoleh lalu lintas dan penjualan yang lebih berharga.

Pemasaran Digital
Source: Crazy Egg

Melabur dalam perkhidmatan pemasaran digital boleh membantu syarikat anda mendapatkan lebih banyak pendapatan, petunjuk, dan penukaran. Jika anda sudah bersedia untuk membawa perniagaan anda ke tahap yang baru, masih tidak lambat untuk anda mula sekarang. Namun begitu, anda perlu menyalurkan sepenuh sumber yang ada untuk membina laman web yang bukan sahaja mampu menarik pelanggan tetapi juga mudah untuk dikendalikan.

Selain itu, ia perlu di analisis setiap masa untuk memastikan ia setanding laman web pesaing. Anda juga perlu membuat strategi untuk pemasaran digital kerana tanpa strategi yang kukuh, jelas dan teratur, anda akan kehilangan sumber dan juga mengalami kerugian dalam pelaburan anda.

Oleh itu, sebelum memulakan sebarang perancang, anda perlu menyenaraikan segala kelebihan dan kelemahan yang ada. Ini memudahkan untuk anda merancang perjalanan dan hala tuju seterusnya untuk mengembangkan syarikat atau perniagaan anda.

Kesimpulan

Akhir sekali, kebanyakan perniaga telah mengubah strategi pemasaran dari pemasaran tradisi kepada pemasaran digital seiring dengan kemajuan teknologi. Oleh kerana keadaan global semasa, perniaga telah mengubah strategi pemasaran mereka untuk meneruskan perniagaan. Tidak dinafikan bahawa terdapat sebilangan perniaga yang masih berpegang pada pemasaran tradisi sebagai strategi pemasaran produk dan perkhidmatan mereka, walaubagaimanapun kita perlu sentiasa lebih maju. Anda boleh baca artikel ini untuk membantu meningkatkan perniagaan anda dalam industri digital. Hubungi kami, untuk maklumat lebih lanjut mengenai Search Engine Optimization 🙂

0 comment
1

Related Posts